Thursday, May 7, 2009

DAKWAH DI KALANGAN WANITA/MASTURAT

GOLONGAN wanita atau masturat perlu dilibatkan dalam usaha agama/dakwah. ini kerana wanita merupa kan golongan paling ramai dalam populasi dunia hari ini, diikuti kanak-kanak dan diikuti golongan lelaki. jika wanita tidak dididik cara agama dan sunnah, maka anak-anak akan dididik dengan cara jauh menyimpang dari dididikan islam. natijahnya, akan lahir dari rumah-rumah orang islam, anak yang derhaka, tidak taat ibubapa, langgar perintah Allah, perompak,penyamun dan macam-macam lagi gejala sosial.
semasa zaman sahabat,ilmu/hadis yang diperolehi daripada Rasulullah di masjid, terus dibawa balik ke rumah dan diajar serta disampaikan kepada ahli keluarga masing-masing. Dengan wujudnya suasana agama di rumah, keluarlah dari rumah-rumah sabahat anak yang soleh dan solehah,hafiz-hafizah,alim-alimah dan para daie'-daie' Allah.
Berbeza dengan keadaan di rumah kita pada hari ini, ilmu agama yang diperolehi dari masjid hanya sampai di pintu rumah. Ahli keluarga tidak diberi pendedahan tentang agama, maka wujudlah suasana selain agama di rumah. suasana karaoke, sukan, mengumpat, dan macam-macam lagi.Bapa adalah ketua bagi rumah tangga, dan setiap ketua akan ditanya di akhirat terhadap apa-apa yang ada dibawah tanggung jawabnya.

TA'RUF

DUNIA merupakan tempat yang sangat-sangat sementara. sedar atau tidak,kita sebenarnya melangkah untuk menuju ke satu alam yang pasti kita akan lalui,iaitu alam akhirat. semua manusia telah dihukum 'bunuh' oleh Allah SWT. kita semua pasti akan tinggalkan dunia yang serba fana ini,bezanya cuma masa dan cara kita dijemput allah adalah berbeza. ada yang mati accident,ada yang mati sakit jantung,mati dibom,malah ada yang mati ketika tidur. Dan perkara yang akan kita bawa nanti ke alam seterusnya adalah IMAN dan AMAL semata-mata.persoalannya,jika hari ini kita dijempuNya adakah saya dan kita semua telah bersedia?